Posts

Showing posts from October, 2010

Selalu ada untukmu

Malam kelam kian dingin, Tiba-tiba membawa memori kembali ke situ, Suatu destinasi yang tak bernama Di sana hanya ada aku, dia dan kamu.. Di hujung jalan ku temu sebuah gitar ku ambil gitar dan ku mainkan lagu untukmu ku petik tali-tali gitar, dan terhasillah melodi itu Kita bernyanyi bersama, Kerana itu lagu kita... Sampai di suatu ketika, Ada awan hitam membendung langit jiwa Angin kencang membadai rahsia Menyelak satu persatu tabir kehidupan Tiba-tiba...aah...aku bermimpi lagi.. mimpi itu adalah realiti hidupku Kerana hanya aku tahu ceritanya.. Pabila ku buka luas mata, Ku pandang ke atas dada langit Ada bintang di atas sana Dan semoga saja kamu tahu.. Bintang itu kan selalu ada menemani mu