Selalu ada untukmu

Malam kelam kian dingin,
Tiba-tiba membawa memori kembali ke situ,
Suatu destinasi yang tak bernama
Di sana hanya ada aku, dia dan kamu..

Di hujung jalan ku temu sebuah gitar
ku ambil gitar dan ku mainkan lagu untukmu
ku petik tali-tali gitar,
dan terhasillah melodi itu
Kita bernyanyi bersama,
Kerana itu lagu kita...

Sampai di suatu ketika,
Ada awan hitam membendung langit jiwa
Angin kencang membadai rahsia
Menyelak satu persatu tabir kehidupan
Tiba-tiba...aah...aku bermimpi lagi..
mimpi itu adalah realiti hidupku
Kerana hanya aku tahu ceritanya..

Pabila ku buka luas mata,
Ku pandang ke atas dada langit
Ada bintang di atas sana
Dan semoga saja kamu tahu..
Bintang itu kan selalu ada menemani mu

Comments

Popular posts from this blog

~I'm done~

Cinta

Pencinta Sejati